skip to main | skip to sidebar

About me

My Photo
mastura
Aku ni seorang yang ceria n happy go lucky..kadang-kadang garang gak..hehehe
View my complete profile

Archive

  • ► 2011 (1)
    • ► January (1)
      • konfius
  • ▼ 2010 (23)
    • ► November (3)
      • my profile piture
      • Edit Lagi
      • Edit Gambar
    • ► October (1)
      • KEMBARA PULAU DELTA TUMPAT 30/10/10
    • ► September (3)
      • Selamat Hari Raya
      • Miss Kim Makes 1 Million - Layannnn
      • Kelas Kad Ucapan Hari Raya
    • ► August (1)
      • Ryeowook
    • ► July (1)
      • BERFIKIRAN POSITIF
    • ► June (3)
      • Sedihnya..Tayar kereta bocor..
      • Rindu kat blog aku
      • KENDURI KAWEN K.NA
    • ▼ May (3)
      • Terjemahan Ayat Dalam Solat
      • Selamat HAri Ibu
      • Hari Pekerja
    • ► March (1)
      • HARI KELUARGA SMK BERANGAN
    • ► February (2)
      • Gambar aku masa darjah 6
      • Kenangan Terindah 2009
    • ► January (5)
      • Poster Pertandingan Blog '1Malaysia'
      • my friend nihon jin,wataru kato
      • KURSUS ASAS KOMPUTER & ICT 2009
      • Pertandingan Blog '1Malaysia'
      • Catatan pertama

My Blog List

Followers

Links




Gratisan Musik

Feeds


ShoutMix chat widget

Subscribe To

Posts
Atom
Posts
Comments
Atom
Comments

My Blog List

My Blog List

Snag a Button


Glitter Graphics Maker & MySpace Layouts


Share

Snag a button

Pages

  • Home

lagu raya

(Lagu_Raya)_Anuar_&_Ellina_-_Suasana_Hari_Raya.mp3
Powered by Blogger.

Popular Posts

  • Kelas Kad Ucapan Hari Raya
    A ku ingat hari ni nak wat kelas Adobe Photoshop nak design kad ucapan hari raya..harap2 budak2 ni dapat buat cantik2..yang penting dapat ti...
  • Terjemahan Ayat Dalam Solat
    TERJEMAHAN BACAAN DLM SOLAT “Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyu’, dari naf...
  • Selamat HAri Ibu
  • KENDURI KAWEN K.NA
    Pada 12 Jun 2010, Kenduri Kawen K.Na di Wakaf Stan..Tahniah diucapkan kepada pasangan mempelai. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat..Ami...
  • Edit Lagi
  • my friend nihon jin,wataru kato
    Ni gambar aku ngn kawan jepun aku, wataru n sheila. Gambar ni di ambil semasa hantar dia kt klia. Masa tudia dh nak balik jepun.. Dah lama t...
  • Sedihnya..Tayar kereta bocor..
    Sedih la hari ni,syok2 g makan mee celup ramai2 tup2 tengok tayar kereta...bocor la pulak..first tu g masukkan angin tayar kat kedai mekanik...
  • Gambar aku masa darjah 6
    Ni gambar aku masa darjah tahun 1998...lama betul masa tu berlalu..tup2 sekarang dah umur 24 dah..dah semakin berumur...hehehe..xla..muda la...
  • konfius
    aku rasa konfius..dalam erti kata keliru..aku tak tahu nak keputusan ni..tensen n nak nagis..
  • Hari Pekerja

Search

Loading...

Tentang aku

Catatan untuk dikongsi bersama..
Sunday, May 9, 2010

Terjemahan Ayat Dalam Solat

12:48 AM | Posted by mastura | | Edit Post
TERJEMAHAN BACAAN DLM SOLAT

“Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyu’, dari nafsu yang tidak pernah kenyang (puas), dari doa yang tidak didengari (tidak dipeduli)”

“Sesungguhnya solat dapat mencegah seseorang dari perbuatan keji dan mungkar.”- al ankabut ayat45

“Solat yang lima menghilangkan dosa sebagaimana air menghilangkan daki.”- imam muslim

Takbiratul-Ihram & Takbir 
Allah Maha Besar. 

Doa Iftitah 
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam. 

Al-Fatihah 
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat. 

Bacaan ketika rukuk 
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya. 

Bacaan ketika bangun dari rukuk 
Allah mendengar pujian orang yang memujinya. 

Bacaan ketika iktidal 
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian. 

Bacaan ketika sujud 
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya. 

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud 
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku. 

Bacaan ketika Tahiyat Awal 
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad. 

Bacaan ketika Tahiyat Akhir 
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung. Doa Qunut Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanaMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.


Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya. "



Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Design by FreyjaSilver

Digi-Scrap byGrunge and Glitter