Monday, November 29, 2010
Saturday, November 6, 2010
Sunday, October 31, 2010
Tuesday, September 7, 2010
Saturday, September 4, 2010
Miss Kim Makes 1 Million - Layannnn
Best gak layan cerita ni..Sejak dua menjak ni aku asyik duk melayan cerita ni. aku memang suka tengok cerita korea dan cerita korea yang paling best mestila Full House. Tengok banyak kali pun tak ni..k kita berbalik pada cerita tadi, drama ni drama lama dah sejak tahun 2004 (aku umur 18 time tu). Cerita ni member aku kasi, dia pun pijam ngn mak mertua dia gak..huhu..aku suka cerita ni sebab sikap Miss Kim dan En. Pu yang tabah hadapi cabaran dia dan tak putus asa cuba n terus mencuba sehingga berjaya..cuba la tengok, tak rugi tau.
Wednesday, September 1, 2010
Kelas Kad Ucapan Hari Raya
Aku ingat hari ni nak wat kelas Adobe Photoshop nak design kad ucapan hari raya..harap2 budak2 ni dapat buat cantik2..yang penting dapat tingkatkan kemahiran edit gambar diorang ni...i like...aku baru lepas buat kad aku sendiri ..nak wat contoh kat budak2 nak wat macamana kad tu dan nak suruh diorang letak kat facebook masing2..jimatkan..hehehe
Ni la design yang baru je aku buat..harap2 adik2 boleh buat ye nanti.
Tuesday, August 31, 2010
Ryeowook
i like this man..huhu..Ryeowook salah seorang ahli dari Boyband Korea, Super Junior..aku paling minat dia sebab dia suara dia yang paling best dan dia cute sangat..saranghae...muah2
Tuesday, July 20, 2010
BERFIKIRAN POSITIF
ngin tahu kunci kejayaan hidup? Berfikirlah positif. Ya, berfikiran positif dapat membuat anda maju dan berjaya. Dengan fikiran yang positif, anda dapat menjalani segala sesuatu tanpa dibebani oleh seribu fikiran buruk. Anda juga terhindar dari perasaan takut dengan kegagalan. Jalan di depan anda pun akan selalu terasa lapang.www.familiazam.com
Anda Ingin Tahu Bagaimana Langkah Berfikiran Positif Itu?
Bangkitkan Motivasi.
Membangkitkan motivasi diri yang kuat dan menambah wawasan yang memperkuat berfikiran positif merupakan langkah penting. Pengukuran kualitatif motivasi dapat dilakukan dengan memberikan pemisalan negative case jika suatu tujuan tidak tercapai. Misalnya, renungkanlah kemungkinan jika anda tidak diterima kerja? Dari jawapan anda, anda dapat memprediksi dan merasakan seberapa kuat motivasi anda untuk diterima kerja.
Yakinlah Boleh.
Kelemahan motivasi acapkali disebabkan oleh fikiran negatif tentang kemampuan diri sendiri, atau tentang mekanisme gerak kehidupan. Cubalah untuk membangkitkan konsep diri positif pada diri anda. "Jika saya berfikir bahawa saya boleh, maka saya boleh" Katakan setiap ingin melakukan apapun. Yakinkan bahawa anda boleh. Jika ketika ini gagal, berusahalah terus-menerus tanpa kenal lelah. Percayalah, usul dari dalam diri dapat membantu anda mempercepat mencapai proses yang anda harapkan.www.familiazam.com
Jangan Fatalistik.
Jauhkan fahaman fatalisme yang menyerah pada nasib. Ianya mempunyai pengaruh kuat dalam diri anda untuk membenarkan kegagalan. Menyandarkan kesalahan atau kelemahan pada takdir, yang manifestasinya seperti dalam kenyataan bahawa "Saya pada dasarnya bodoh" misalnya, merupakan sumber negative thinking yang signifikan. Anda harus memeranginya, jika idea tersebut ada pada diri anda.
Lihat Sisi Baik.
Pandanglah sesuatu dari sisi baiknya. Kerana berfikiran positif adalah memandang segala sesuatu dari sisi pandang kebaikannya. Orang yang berfikiran positif akan memandang keterbatasan kemampuannya pada suatu saat. Bukan sebagai suatu "kebodohan yang menimbulkan berbagai kecelakaan", tetapi memandangnya sebagai suatu cabaran yang amat nikmat untuk diatasi. Orang yang berfikiran positif akan memandang perjuangan dan harapan. Orang yang berfikiran positif akan memandang keterbatasan ekonominya sebagai suatu perantaraan untuk hidup sederhana. Dan dengan kesederhanaan ini ia akan mencapai kebahagiaan.
Berdikari Selalu. www.familiazam.com
Pertahankan kebebasan anda. Kebebasan adalah sesuatu yang paling bernilai yang dimiliki setiap orang. Kebebasan untuk berfikir, mencipta, akan tumbuh seperti yang anda harapkan, tentunya dengan cara yang positif. Ketika anda menjadi amat tergantung pada orang lain, anda akan berfikiran destruktif dan menjadi malas.www.familiazam.com
Tanamkan sikap tidak terlalu bergantung pada orang lain secepat mungkin. Bertanggungjawablah pada hidup dan tindakan yang anda lakukan. Sekali anda merasa mampu mengawal hidup, anda memulai perjalanan berfikiran positif anda.
Selalu ingat ketika anda sedang memiliki masalah dengan berfikiran positif."Anda adalah apa yang anda fikirkan, dan anda merasai apa yang anda inginkan" Dengan melakukan ini, anda akan selalu menjadi seorang juara dan seorang survivor ketika masa-masa sukar.
Hidup yang tidak memiliki tujuan jauh lebih menakutkan daripada hidup yang tidak mencapai tujuan.

Monday, June 14, 2010
Sedihnya..Tayar kereta bocor..
Sedih la hari ni,syok2 g makan mee celup ramai2 tup2 tengok tayar kereta...bocor la pulak..first tu g masukkan angin tayar kat kedai mekanik kat depan tu..ada la sorang mamat tu tolong (thanx to him) n dia suggest suruh pergi kat kedai tayar kat depan sana..aku pun pergi la..cek punya cek..ada skru kt tayar..dalam bulan ni 2 kali dah tayar bocor..nasib baik tadi kena rm5 je..dah la sabtu ni nak g servis kereta..banyak nak guna duit bulan ni..(poket jadi kering macamni)...sabar-sabar mungkin ada hikmah nya...
lebih kurang macam gambar di atas la tayar kereta aku tadi..tapi, gambar tu bukan gambar kereta aku pun..saja nak display kat sini..rasa dahaga air pun ada sekarang ni...nak stop dulu..
Rindu kat blog aku
Rindunya...dah lama tak letak catatan kat blog ni..gambar family kat atas takde kaitan pun ngan tajuk tu.saje letak gambar tu sebab baru je lepas edit..
ada orang suruh aku kurus..susahla nak kurus..nak wat macamana ek?nanti la aku cuba..kalo kurus mesti ramai peminat..hahaha..jangan jeles taw..
dah dah..taktau nak tulis apa lagi...babai..
Sunday, June 13, 2010
KENDURI KAWEN K.NA
Pada 12 Jun 2010, Kenduri Kawen K.Na di Wakaf Stan..Tahniah diucapkan kepada pasangan mempelai. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat..Amin.
(Time aku bila pulak ni) :p
Bergambar bersama pengantin dan member2
Bergambar bersama k.na
Sempat posing sebelum g make gulai
Sunday, May 9, 2010
Terjemahan Ayat Dalam Solat
TERJEMAHAN BACAAN DLM SOLAT
“Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyu’, dari nafsu yang tidak pernah kenyang (puas), dari doa yang tidak didengari (tidak dipeduli)”
“Sesungguhnya solat dapat mencegah seseorang dari perbuatan keji dan mungkar.”- al ankabut ayat45
“Solat yang lima menghilangkan dosa sebagaimana air menghilangkan daki.”- imam muslim
Takbiratul-Ihram & Takbir
Allah Maha Besar.
Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.
Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung. Doa Qunut Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanaMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya. "
Saturday, May 8, 2010
Tuesday, May 4, 2010
Monday, March 8, 2010
Friday, February 19, 2010
Gambar aku masa darjah 6
Monday, February 8, 2010
Kenangan Terindah 2009
Assalamualaikum.Salam pembuka bicara..dah lama aku tak celoteh kat sini..Tajuk catatan kali ni Kenangan Terindah 2009..Walaupun kenganan tu pada tahun lepas, tapi, kenagan tu masih lagi bermain-main di fikiran..kenangan terindah katakan...Nak cerita sikit pengalaman konvokesyen pada tahun lepas..Aku konvo pada 16 Ogos 2009 di Dectar UKM dengan kelulusan Ijazah Sarjanamuda Perakaunan Dengan Kepujian.Alhamdulillah penat lelah aku belajar 4 tahun di UKM berbaloi walaupun sekarang kerja bukan dengan bidang yang aku belajar dulu..Rezeki.
Gambar ni semasa aku terima skrol..Happy sangat time..tp, aku pelik kenapa tak berdebar2 time terima skrol tu...mungkin sebelum tu member kamcing aku yang terima..dia mmg jenis selamba..aku pn jadi selamba gak time tu...hehehehe.
Gambar ni dirakam sebelum aku nak turun pentas selepas terima skrol..control gak time tu,takut2 ada orang hensem tengok kat aku..perasan betul..
Saturday, January 23, 2010
Friday, January 22, 2010
my friend nihon jin,wataru kato
Ni gambar aku ngn kawan jepun aku, wataru n sheila. Gambar ni di ambil semasa hantar dia kt klia. Masa tudia dh nak balik jepun.. Dah lama tak jumpa dia. Last jumpa masa hari konvo aku hari tu. Dia datang masa kami konvo.. Sekarang dah tak macam dulu lagi, sekarang aku duk Ukm dah, dh habis dah. So, susah sikit la nk jumpa..
Wednesday, January 20, 2010
KURSUS ASAS KOMPUTER & ICT 2009
Powered by GoodWidgets.com
(Slideshow ini adalah gambar-gambar peserta Kursus Komputer & ICT)
Kursus ini diadakan bulan 13 - 30/12/09 di Makmal Komputer 2009.
Peserta Kursus ini adalah seramai 38 orang. Di mana terbahagi kepada 4 siri.
Kursus ini adalah kursus terbesar pada 2009 yang aku pernah adakan.
Alhamdulillah, kursus ini mendapat sambutan daripada semua pihak dan juga mendapat pujian daripada Tuan Pengetua SMK Berangan.
Beliau berharap agar tahun ini kursus seperti ini akan diadakan lagi...InsyaAllah, Tuan Pengetua..Terima kasih kepada semua yang sama-sama menjayakan lagi kursus ini..
Tuesday, January 19, 2010
Pertandingan Blog '1Malaysia'
Pertandingan Membina Laman Blog '1Malaysia'
Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Berangan 2010
Tarikh pertandingan : 20/01/10 - 25/02/10 (Saringan Awal).
Kepada pelajar SMK Berangan yang berminat,
sila dapatkan borang penyertaan
daripada
Cik Mastura bt. Mustapa, Fasilitator Schoolnet SMKB
di makmal komputer sekolah
mulai 19/01/10 sehingga 21/01/10.
Pertandingan ini dianjurkan oleh
Kelab Setia bersama Unit ICT SMK Berangan dengan kerjasama Jabatan Penerangan Negeri Kelantan
Pertandingan terbuka kepada semua palajar SMK Berangan. Harap maklum.
ps: Salah satu program pertama aku adakan di SMK Berangan utuk tahun ni
Catatan pertama
Assalamualaikum...
Blog ini dihasilkan pada 20 Januari 2010.
Blog ini adalah blog peribadi aku tentang kisah aku.(apa yang aku buat, apa yang aku minat dll)
Blog ini dihasilkan pada 20 Januari 2010.
Blog ini adalah blog peribadi aku tentang kisah aku.(apa yang aku buat, apa yang aku minat dll)
Subscribe to:
Posts (Atom)